CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 22, 2009

tasteless


bila itu ada rasa
aku campakkan jauh
enggan keras fikirkan
kerana itu tiada makna

aku seorang kosong
namun jelas pada hakikat rasa
sama ada kau faham
itu terpulang

nekad tercampak jauh ke dasar
aku tiada mahu fikir itu
walau sebenarnya
rasa itu bercambah normal dalam darah

221009


^LiLohOnEy^


Wednesday, October 14, 2009

ludah hitam


ludah hitam terpalit
pada garis laluan kita

kini semua dah lenyap
dan semua itu
bukan lagi milik aku

biar aku tanggung
aku tanggung segala
kerana itu dosa aku

perit berpasir
menelan derita
dari laku diri aku

kemudian menyesal
tapi?
hampas
.
.
.
maafkan
bila terlalu cinta

maafkan
bila tak mampu mengawal jahil diri

maafkan
sesungguhnya maafkan...

141009


^LiLohOnEy^



Tuesday, October 13, 2009

cerita tiada kisah


mungkin aku bukan manusia itu
membaja taman layu
supaya subur untuk kau
hingga aku,,
menampal nanah sendiri
dengan harapan semekar melati
cerita suka hanya milikmu
tapi benar,,
aku,, tiada layaknya...

andai saja kau bisa tahu
siksa nanar jiwa aku
menyiram bahagia pada semua
sedang aku sadar
aku sebenarnya tiada mampu
tiada mampu
satu pun...

hanya Dia yang tahu
kepala yang tiada isinya
merana jiwa
seakan lupa segala
memori musnah tanpa kisah
jangan ditanya kenapa
kerna aku sendiri tiada jawaban

aku tidak mahu begini
aku juga tidak pasti aku harus gimana
kemusnahan secara diam
yang aku tak pasti hujungnya
mungkin bila sedar,,
semuanya sudah kelam,,
dan aku,,
terus menutup mata...

tolong maafkan
aku hanya seorang bodoh
yang tidak mampu
mengubah corak
aku hanya sifar
tanpa cerita...

dan pasti,,
kau tak mengerti...


131009


^LiLohOnEy^