CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label LuRv :). Show all posts
Showing posts with label LuRv :). Show all posts

Tuesday, April 12, 2011

Bukan Sekadar Angka


tempoh masa
bukan sekadar angka
tapi dengan seribu rasa

cinta yang bercambah
bukan sekadar sampah
tapi satu sumpah





:'(


110411




^LiLohOnEy^

Friday, November 13, 2009

sadar dan mengerti


tahu,

itu sudah biasa
tapi kenapa megun?

tahu,
itu bukan dia
tapi kenapa duka?

tahu,
itu aku punya
tapi kenapa murka?

kerana satu makhfi....


aku perempuan.

131109

*harap dia faham*



^LiLohOnEy^


cinta hujung pelangi


lambaian hutan menghantar rindu... jauh

dari aku yang tenggelam dalam perasaan
urat darah mengecut mengembang
betapa perasaan tersiksa

aku ke sana... tapi kosong
aku ke kiri... dia tiada
senyumnya,
lentoknya,
suaranya,
seakan aku kedengaran... sayup
ah!
aku kangen
tak terluah dari tinta pena
aku sayu
mengenang bibit cinta duka

semoga di kaki langit sana
kau jaga pohon kita
dan di hujung pelangi ini
aku siram pohon sama
dengan secalit harapan
kita masih ada untuk tertawa bahagia

101109

*sangat sedey bila ila sudah tiada. rindukan dia sangat*



^LiLohOnEy^


Tuesday, November 3, 2009

butuh Tuhanku


tuhan
tolong dengarkan deru hati ini

tuhan tolong aku
bantu aku
apakah aku benar dalam susur ini?

tuhan
aku derita dalam sesal
dengan jasad berbau dosa
mendakap erat
ketat
rapat

dan tuhanku
aku pasti cebisan cintamu masih utuh buat aku
hidayahkanlah aku tuhan
aku butuh harum kasihmu

sungguh
aku derita dalam sesal

tuhan
dalam sahara melaut itu
aku redah
aku tujah
sendiri dengan arah nurMu
sehingga aku mampir di hujung sinar pelangi
kau ujikan aku

kau tumbuhkan pohonan di susur
kau benarkan aku menumpang payung
menghilang haus
menyeka peluh

kau curahkan nikmat sayang
supaya aku berlama dengan pohon teduh itu
dan penghujungnya
kau kisahkan aku tentang sebenar pohon teduh

lalu
aku terdiam

dengan maung membungkus rapi hati
bermeter tebal mencarik rabik ruang sempit
sempat kupanjatkan syukur
untuk zarah yang setia merodok salur nafas

dan dengan permata satu itu
aku sambung membelai pohon teduh
aku berlindung
aku bersandar
aku najiskan hakikat pohon teduh

kerana aku tahu
pohon teduh serupa aku

benarkan aku berlama tuhanku
benarkan


021109


^LiLohOnEy^


Thursday, October 22, 2009

tasteless


bila itu ada rasa
aku campakkan jauh
enggan keras fikirkan
kerana itu tiada makna

aku seorang kosong
namun jelas pada hakikat rasa
sama ada kau faham
itu terpulang

nekad tercampak jauh ke dasar
aku tiada mahu fikir itu
walau sebenarnya
rasa itu bercambah normal dalam darah

221009


^LiLohOnEy^


Saturday, August 8, 2009

~LuAhAn hAtI sEmAtA~


sebenarnya cinta tu apa?

pengorbanan?
kesetiaan?
kejujuran?
memahami?
kepercayaan?

atau sekadar bersms hari2?
dan bergayut setiap masa?

kuat ke aku menghadapi cinta?
bodoh ke aku sebab merasa cinta?
perlu ke aku menyesal sebab mengenal cinta?

cinta itu apa?

bahagiakah cinta?
deritakah cinta?
kenapa mesti ada cinta?

cinta itu apa?

layakkah aku untuk bercinta?
apa yang aku rasa ini namanya cinta?
begitukah cinta?

siapa dapat khabarkan pada aku tentang keseluruhan cinta?
sesungguhnya aku buta.
buta pada cinta.

yakinkan aku, cinta.
yakinkan aku bahawa inilah cerita cinta.
yang tak selalu indah.
yang perlu akan kekuatan.
yang perlu akan kerjasama.
yang perlu akan perkongsian.
yang perlu akan kesabaran.

yakinkan aku andai benar itu cinta...

080809


^LiLohOnEy^


Friday, February 6, 2009

kU aDa kAmU


puisi lewat malam
bergema di celah rongga
mencarik2 pintu jiwa
membuai gebu perasaan
ku sebak sendiri

ku dakap dia erat
enggan melepas pergi
hadirnya cuma satu
dan cuma itu

deru nafas kami bergumpal jadi satu
dalam irama yang sama
bagaikan tiada muncul lagi esok
bimbang tiada lagi berulang detik itu


010209


*dedikasi buat bonda dirindui. entah bila lagi dapat tidur bersama*


^LiLohOnEy^



Tuesday, January 27, 2009

kiNi... tiAdA LaGi


cinta itu tiada lagi

di sini
hari ini

cinta itu telah ku kuburkan,, dalam
di sini
hari ini

pembuluh darahku yang menyempit
dengan cinta itu,, dulu
telah tiada lagi,, kini
hari ini

cinta itu telah ku batu nisankan
hari ini

talkinkan cintamu
dengan ayat yang kau pelajari dulu
talkinkan sendiri!

250109


^LiLohOnEy^



Monday, January 19, 2009

ciNtA


apa itu cinta?
aku tak faham
boleh kau terangkan?
ya,, aku dengar

oh! itukah cinta?
bagai warna lukisan kanak2?
ah! indahnya
boleh aku dapatkan cinta?

ya?
kenapa?
oh! begitukah?
cinta datang tanpa undangan?
hadirnya tiba2 dan kita bisa merasa?
ah,, cinta
aku menanti hadirmu
kerna aku kepingin merasa nikmatmu
andai dapat kuseru waktu
pasti cinta sudah bersamaku

tapi,,
layakkah aku di sisi cinta?
pasti cinta malu bersamaku
aku tidak tahu apa2 tentang cinta
aku tidak tahu berdiskusi cinta
aku buta cinta
dan aku...
aku...
aku tak secantik cinta
tentu saja cinta itu bukan untukku

apa?
benarkah?
cinta tak kenal sesiapa?
dan cinta untuk semua?
ah! takjubnya aku
kau hebat cinta
makin tak sabar aku menantimu

aku mahu kau ajarkan aku lagi
teori2 berselirat di kepalamu
seperti waktu belum ada cinta
aku mahu kau dengarkan aku
bisik merdu lagu cinta
seperti waktu belum ada cinta
aku nak kau ingatkan lagi
tentang falsafah itu semua
aku juga mahu kau kongsi apa yang kau tahu
seperti waktu belum ada cinta

kerna aku seorang bodoh
ada mata tapi plastik
aku tidak mahu lain
aku hanya mahu kau,, cinta
hanya kau

aku tidak mahu berkongsi
puisi cinta di kantungmu milik aku semua
ya,, memang aku tamak
aku mahu semua
aku manusia yang hanya punya satu
satu nafas
dan satu hati
untuk kau cinta
hanya satu
untuk kau selamanya

190109


^LiLohOnEy^




Monday, November 17, 2008

kAu dAn aKu


ada bayang rupamu aku lihat
pada refleksi wajah si cantik
kau tersenyum
menitip pesan pada merpati
yang pernah singgah di tepi kali

di hujung kelam maghrib
menjadi saksi bisu
gerimis kejam meratah indah pelangi
bagai memberi makna tersirat
hidup penuh pancaroba
dan duri derita
pada pelangi sengsara itu sendiri
walau nampaknya indah
nyata gerimis lebih berkuasa

merpati tiba lagi
membawa pesan di kaki
buatku di tepi jeriji sepi
tika wajahmu terukir kelabu
pudar pada cermin si cantik

aku membaca tulisan kasihmu
kuat-kuat
yang berpesan tentang hidup
"tak semuanya bersalut intan
kau harus menjadi besi
supaya aku dapat bersandar
andai aku rebah nanti"

wajahmu kian pudar
dan kelabu
matamu redup mengharap pengertian

perlahan aku mengangguk pasrah
dan kau
tersenyum lagi
sebelum hilang
dengan lambaian duka dan sepi
hadiah buatku yang sendiri
di sini
aku pasti mengerti

040508


*sambil dengar lagu iklim [di pintu mahligai] "...kesunyian ini terlalu indah,walaupun pahit untuk menelan,walaupun pedih sanggup ku tahan dan ku relakannya..puteri di pintu mahligai,ku lihat kasihmu melambai,walaupun jauh tapi jelas,jiwaku menyentuh jiwamu..."

(hurmm..)


^LiLohOnEy^


Sunday, November 16, 2008

riNdU



rindu mendera jiwa

tidak ditinggalkan aku cukup
dengan segenggam ketenangan

wahai bayu
pupuklah rinduku
bawalah ia pergi
bawalah rinduku jauh
pulang kepada dia
pasti..

wahai bayu
kosongkan hatiku
bawa doaku bersama
kiriman rindu untuknya

biarlah dia tahu
sesungguhnya
aku sengsara melepaskan
sang rindu itu pergi..

170408



*tiba2 teringatkan teman2 lama waktu sama2 menggali telaga ilmu dahulu..

teringat c lyn,,eton,,afy,,ila,,farah,,kak eton,,myra dan ikin waktu tidur lambat sbb stdy..

teringat hanafi yg dah lama tak share puisi dengan aku..

teringat c orange yg membuat aku menjadi seorang perasa..orange?hurm...


^LiLohOnEy^





mEmOri hAtI



perkenalan kita

sepantas kerdipan mata
sederas oksigen melalui rongga
tanpa suara hanya warna
bagai mimpi dalam nyata

takku sangka lumrahnya begitu
merapati diri dalam bisu
aku sekadar menghitung waktu
menunggu dan terus menunggu

serasa detik perlahan berputar
minda mengembara mencari sasar
ingin diluah apa yang tegar
supaya emosi tidak nanar

tapi
aku bukannya sesiapa
mengapa harus membilang masa?
mengharap kata tidak buta?
menanti bulan terus ke riba?

pasrah dalam luka
rela dalam paksa
hanya hati mengerti makna
dalam memori terselit rasa
secubit harapan berbunga ria

ingin ku cantas tunas rasa
ingin ku tebas bunga bahagia
namun tak tergamak rasanya
membuang segala yang bertapak selesa
punca mesra yang menjadi rahsia

setulus kasih menggebu di hati
dengan pena kutitip puisi
sejambak doa ku kirim penuh erti
tanpa sangsi seikhlas nurani
ingatan puitis harapan bersemi
semoga abadi perkenalan ini

130408



*dedikasi buat teman lama [lama tak dengar khabar berita]

(berfikir)



^LiLohOnEy^