CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 25, 2009

aKu bUrUnG



hidup umpama burung
terbang melayang di dada angkasa
tanpa arah
tanpa pamitan

dalam leka meneroka setiap inci dada langit itu
kita berselisih dengan oknum hidupan berbeda
yang menuju satu destinasi yang sama
dengan kita

umpama penumpang keretapi
meski sekadar bertukar ulas senyum
dan anggukan kepala
kita sedar akan kemungkinan
yang kita bakal ketemu mereka lagi
dengan sayang dan cinta yang membulu
dan juga kemungkinan yang pasti tiada siapa yang mahu

mungkin akan ada pertemuan
tika kita sama2 menjunam ke pasifik
menyambar ikan2 kecil sebagai santapan
atau ketika membina sarang di celahan dahan
atau juga di persinggahan tempat teduhan

adakala sayap kita patah
dan kita terkelu bisu
mengharap ada yang sudi merawat
agar bisa bebas lagi
juga mengharap agar Tuhan memberi peluang
dan berjanji akan sentiasa bersyukur padaNya
tanpa sedar kita sebenarnya sudah jauh tersasar
dari landasan sepatutnya
yang hanya peka saat sukar menjadi teman

aku seorang pemuja burung
ia ciptaan Tuhan yang sangat aku kagumi
ia suci peribadi
tidak seperti manusia
yang oportunis...

180109
6E208-SD


^LiLohOnEy^




No comments: