atau sekadar bersms hari2? dan bergayut setiap masa?
kuat ke aku menghadapi cinta? bodoh ke aku sebab merasa cinta? perlu ke aku menyesal sebab mengenal cinta?
cinta itu apa?
bahagiakah cinta? deritakah cinta? kenapa mesti ada cinta?
cinta itu apa?
layakkah aku untuk bercinta? apa yang aku rasa ini namanya cinta? begitukah cinta?
siapa dapat khabarkan pada aku tentang keseluruhan cinta? sesungguhnya aku buta. buta pada cinta.
yakinkan aku, cinta. yakinkan aku bahawa inilah cerita cinta. yang tak selalu indah. yang perlu akan kekuatan. yang perlu akan kerjasama. yang perlu akan perkongsian. yang perlu akan kesabaran.
dunia ini adil bila sedih menangis bila gembira ketawa usah peduli sama mereka selagi tak menyusahkan biarkan saja! yang penting kita
menjerit dalam hati pasti tiada yang simpati teriaklah sampai koyak anak tekak kasi mereka tahu itu kamu luahkanlah agar mereka sedar manusia itu tiada yang sempurna
tidak dibenarkan mengulang cetak mana2 bahagian puisi dari blog ini tanpa izin daripada penulis. sila bersopan dalam menggunakan hak orang lain. terima kasih.