CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 16, 2008

mEmOri hAtI



perkenalan kita

sepantas kerdipan mata
sederas oksigen melalui rongga
tanpa suara hanya warna
bagai mimpi dalam nyata

takku sangka lumrahnya begitu
merapati diri dalam bisu
aku sekadar menghitung waktu
menunggu dan terus menunggu

serasa detik perlahan berputar
minda mengembara mencari sasar
ingin diluah apa yang tegar
supaya emosi tidak nanar

tapi
aku bukannya sesiapa
mengapa harus membilang masa?
mengharap kata tidak buta?
menanti bulan terus ke riba?

pasrah dalam luka
rela dalam paksa
hanya hati mengerti makna
dalam memori terselit rasa
secubit harapan berbunga ria

ingin ku cantas tunas rasa
ingin ku tebas bunga bahagia
namun tak tergamak rasanya
membuang segala yang bertapak selesa
punca mesra yang menjadi rahsia

setulus kasih menggebu di hati
dengan pena kutitip puisi
sejambak doa ku kirim penuh erti
tanpa sangsi seikhlas nurani
ingatan puitis harapan bersemi
semoga abadi perkenalan ini

130408



*dedikasi buat teman lama [lama tak dengar khabar berita]

(berfikir)



^LiLohOnEy^

2 comments:

-gardeniaboy- said...

teman bak bintang di langit yang menyinari hidup ini. Akan tetapi ia kadangkala malap ditelan sang awan hitam...kadangkala ia terang berderang bersinar..begitu jua hidup ini ;)

LiLoHoNeY said...

bravo =)